Overdraf

Sunday, January 10, 2010

Tahun 2010

Jan 10 -Bangi seksyen 2
Sedang dalam proses nak beli rumah kat bangi seksyen 2. tapi masalah sikit penjual dengan pejabat tanah. nak transfer nama. lama sikit la proses ni nampak gayanya.

Jan 10 -Bangi Seksyen 4
Sedang dalam proses beli rumah kos rendah di bangi seksyen 4. masalah dengan bank pulak.. dah 3 bank reject loan.. katanya komitmen terlalu tinggi..
-jun 2010 dah settle.. loan dah lepas dan tunggu masa boleh masuk rumah.

Jan 10 -Bungalow di Beranang
Dah booking, nak beli bunglow.. dah dekat sebulan booking.. loan tak lepas lagi.. macam sangkut lagi loan nampak gaya. nak kena cari jalan nak dapatkan loan.

april 10 - beli bangunan kedai lelong kat melaka. buat sarang burung walit. 16 jun 2010 siap.

jun 2010-
dapat duit jual rumah kat sg chua.. dapat untung bersih 45k. nak guna buat sarang walit kat kg dgn anggaran kos 60k.

julai 10 - pada 8 Julai 2010 beli kedai lelong jalan pokok mangga, melaka- untuk rumah walit

- 6.8.10, dapat kunci rumah seksyen 1 bangi.. nak kena repair dan sewakan secepat mungkin.

-8.7.10, berjaya dapat kedai di melaka, plaza pandan tingkat 1.
-19.8.10, siap renovation.. dah siap jadi rumah walit.

Wednesday, October 14, 2009

2009


Tahun 2009: Dah tahu serba sedikit urusan jual beli property, sebenarnya ia tak melibatkan banyak pakai duit cash. kadang-kadang dapat duit cash hasil mark-up harga semasa buat loan. duit tu la utk bayar lawyer dan repair apa yang patut.

Mac 09: Beli rumah kat taman tenaga lagi. 102k harganya. bayar bank dalam 550 dan sewakan 580 je.

Julai 09: try pegi dapatkan kerje part time jual rumah, (jadi agen/ negotiator). dipendekkan cerita, saya diterima. dengan harapan senang nak buat modal nak beli rumah/ kedai. tapi susah rupanya nak jual rumah.

September 09: beli kedai pejabat 3 tingkat dekat dengkil, nak buat projek sarang burung layang-layang. kalau yang ni berjaya. boleh rileks sikit. harga pasaran sekarang RM4-5k sekilo, kalau dapat keluar 2-4 kilo sebulan. bagus jugak. ni pakat dengan kawan, joint loan. boleh tengok tentang burung ni kat http://rumahwalit.blogspot.com/


Oktober 09:
beli rumah kat bangi lagi, beli rumah rosak dengan harga murah. buat loan tinggi sikit, nak cover repair rumah. beli 45k sahaja loan 52k. dapat 7k. bayar lawyer 2k, lebih boleh buat repair apa yang patut.


Oktober 08-Oktober 09:
beli rumah teres under construction dengan harga 240k, sehingga oct 2009 rumah dah siap dan dah nak abis pemaju claim. disember ni boleh masuk la agaknya.


Oktober 09: tandatangan persetujuan beli rumah kat bangi seksyen 1 dengan owner. pun jual bawah harga pasaran, alasan sebab dia frust dengan rumah tu sebab ramai penyewanya tak bayar sewa. kawasan bagus dan baik untuk pelaburan.

2008

mula mencari rumah untuk buat pelaburan.
pergi ke acara lelongan di KL. nak beli rumah lelong kat bangi. rumah murah je, dia buka harga 32k, acara lelongan bermula dan lawan punya lawan harga meningkat sehingga 44k dan berjaya dalam lelongan tersebut.

masalah mula timbul sebab rumah kat bangi leasehold dan perlu dapat kebenaran daripada pejabat tanah. delay sampai bulan 8 dan kena denda lebih 2k. tu belum masuk masalah dari lawyer bank, lawyer snp, fees itu dan ini. Pening untuk settlekan masalah yang timbul. serik rasanye.

Perit sikit le beli rumah lelong walau harga 30-40% below market price. biarlah beli dg harga yang tinggi sikit asal tak sakit kepala dan poket.

Jun 08: beli rumah kat taman tenaga kajang, dekat stesen bas- bagus untuk pelaburan. so try 2 unit. harga dekat 90k satu. process cukup mudah. tiada down payment, cuma booking RM500 dan dapat semula duit tu. lepas 3 bulan dapat rumah. bagi sewa pun RM600 (kosong) dan RM750 (fully furnish), bayar bank baru RM450 seunit.
Ogos 08: beli lagi satu. kat situ juga. harga dalam 106k. bayar bank dalam RM500 bagi sewa RM630.

ringkasan.
bayar bank-225 sewakan 350, bayar 450 sewakan 600, bayar 450 sewakan 750 dan bayar 500 sewakan 630

2008

mula mencari rumah untuk buat pelaburan. cari dan kaji.. masih takut2.

2007

Akhir 2007, kena paksa masuk MLM sebab sedara terdekat sudah masukkan nama bawah dia. so pergi satu seminar kat shah alam. dalam seminar dia selalu sebut nama robert t kiyosaki.. so balik rumah pegi cari buku tu. baca dan rasa yakin untuk ceburi dalam bidang hartanah. Akhir 2007, mula dalam bidang hartanah betul-betul.

2006

Mula Berminat dengan sektor hartanah. so start baca buku azizi hj ali, renesial leong, shamsudin kadir, dan beberapa buku orang putih yang sampai sekarang belum habis baca. belum berani beli rumah kedua untuk pelaburan kerana rasa belum cukup ilmu untuk ceburi bidang ini.

2005 (1 beli)

-Berpindah tempat kerja dari Kelantan Ke Putrajaya.
-Menginap di rumah sewa bandar baru bangi dengan sewa RM650.00,
-Ogos 2005:Buat loan bank rakyat RM20K stanby sebab nak beli rumah lelong
-Beli rumah lelong dengan harga 65K. process dan beli kelengkapan abis 13k.

-Disember 2005: Menginap di rumah sendiri di Sg Chua Kajang.
-(Market price 2009 135K). untung kan..