Overdraf

Wednesday, October 14, 2009

2008

mula mencari rumah untuk buat pelaburan.
pergi ke acara lelongan di KL. nak beli rumah lelong kat bangi. rumah murah je, dia buka harga 32k, acara lelongan bermula dan lawan punya lawan harga meningkat sehingga 44k dan berjaya dalam lelongan tersebut.

masalah mula timbul sebab rumah kat bangi leasehold dan perlu dapat kebenaran daripada pejabat tanah. delay sampai bulan 8 dan kena denda lebih 2k. tu belum masuk masalah dari lawyer bank, lawyer snp, fees itu dan ini. Pening untuk settlekan masalah yang timbul. serik rasanye.

Perit sikit le beli rumah lelong walau harga 30-40% below market price. biarlah beli dg harga yang tinggi sikit asal tak sakit kepala dan poket.

Jun 08: beli rumah kat taman tenaga kajang, dekat stesen bas- bagus untuk pelaburan. so try 2 unit. harga dekat 90k satu. process cukup mudah. tiada down payment, cuma booking RM500 dan dapat semula duit tu. lepas 3 bulan dapat rumah. bagi sewa pun RM600 (kosong) dan RM750 (fully furnish), bayar bank baru RM450 seunit.
Ogos 08: beli lagi satu. kat situ juga. harga dalam 106k. bayar bank dalam RM500 bagi sewa RM630.

ringkasan.
bayar bank-225 sewakan 350, bayar 450 sewakan 600, bayar 450 sewakan 750 dan bayar 500 sewakan 630

No comments:

Post a Comment