Overdraf

Wednesday, October 14, 2009

2009


Tahun 2009: Dah tahu serba sedikit urusan jual beli property, sebenarnya ia tak melibatkan banyak pakai duit cash. kadang-kadang dapat duit cash hasil mark-up harga semasa buat loan. duit tu la utk bayar lawyer dan repair apa yang patut.

Mac 09: Beli rumah kat taman tenaga lagi. 102k harganya. bayar bank dalam 550 dan sewakan 580 je.

Julai 09: try pegi dapatkan kerje part time jual rumah, (jadi agen/ negotiator). dipendekkan cerita, saya diterima. dengan harapan senang nak buat modal nak beli rumah/ kedai. tapi susah rupanya nak jual rumah.

September 09: beli kedai pejabat 3 tingkat dekat dengkil, nak buat projek sarang burung layang-layang. kalau yang ni berjaya. boleh rileks sikit. harga pasaran sekarang RM4-5k sekilo, kalau dapat keluar 2-4 kilo sebulan. bagus jugak. ni pakat dengan kawan, joint loan. boleh tengok tentang burung ni kat http://rumahwalit.blogspot.com/


Oktober 09:
beli rumah kat bangi lagi, beli rumah rosak dengan harga murah. buat loan tinggi sikit, nak cover repair rumah. beli 45k sahaja loan 52k. dapat 7k. bayar lawyer 2k, lebih boleh buat repair apa yang patut.


Oktober 08-Oktober 09:
beli rumah teres under construction dengan harga 240k, sehingga oct 2009 rumah dah siap dan dah nak abis pemaju claim. disember ni boleh masuk la agaknya.


Oktober 09: tandatangan persetujuan beli rumah kat bangi seksyen 1 dengan owner. pun jual bawah harga pasaran, alasan sebab dia frust dengan rumah tu sebab ramai penyewanya tak bayar sewa. kawasan bagus dan baik untuk pelaburan.

No comments:

Post a Comment